Muat Turun Pelan DETOX 7 Hari

STRESS! KAU NI DAH KENAPA?

STRESS lagi…? Tiada siapa yang boleh lari daripada stress. Stress sebenarnya baik untuk anda kerana stress membuat anda bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran. 

Bila anda stress, badan anda akan mengeluarkan hormon tertentu bagi menghadapi situasi tersebut sebaiknya.

Contohnya sebelum sukan pecut, tubuh akan mengeluarkan adrenalin yang menyebabkan jantung lebih aktif dan membesarkan pembuluh darah. Ia sekaligus membolehkan anda berlari dengan lebih pantas! Bestkan macam tu… yang penting cara anda bertindak balas terhadap stress. 

Ada dua jenis respon pada stress:

1. Respon tertekan

2. Respon tercabar

Biasalah tu kalau kita pilih respon pertama kan? Kebanyakan orang begitu. Perasaan jadi cemas, takut, tak pasti …dalam hati kata “habislah aku, Aku tak boleh buat ni…” Semuanya negatif.

Respon pertama akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang terhadap SEL korang. Ingat ye, saya selalu pesan, jaga SEL sebab SEL yang jaga kita.

Korang tau kenapa korang sihat? Sebab SEL korang sihat. Selagi SEL sihat, semua fungsi tubuh berjalan lancar. Bila ada virus datang cepat je sistem imun kita selesaikan masalah tu.

Tapi sebaliknya kalau SEL imun kita rosak, maka ‘penceroboh’ itu dengan mudah menyerang. Maka berlakulah kerosakan pada tubuh dan timbulah gejala seperti selsema, batuk dan sebagainya. 

Kalau virus Covid19 masuk dalam tubuh kita dalam keadaan system imun yang lemah? Apa korang rasa akibatnya nanti?

Itu satu contoh, yang lain korang boleh bayangkan sendiri. Ya, cara kita respon pada stress pon ada kesan kesihatan. “Fragile” nya kita ni kan?

So OK korang dah takde pilihan selain pilih respon ke dua!

Apa perkataan yang kena ada dalam minda korang masa tu? Pengharapan, teruja, yakin… “aku boleh!” Fikirkan yang indah belaka tau….

Bayangkan situasi sebelum nak lari pecut 100 meter. Bila jantung korang berdebar kata kan pada diri sendiri “ Yes! I need this, saya perlukan jantung yang bergedup laju untuk dapat lebih oksigen. Boleh lari laju, Padu Beb! (macam pernah dengar je)

OK faham kan? So kenapa berkerut lagi tu? Senyum lah beb! ;P

Suka artikel ini? Apa lagi… SHARElah kat kawan-kawan korang yang manjang STRESS! Harap-harap dia orang pon jadi cam korang juga… Ceria & Bahagia!

Komen “saya suka & nak share” di bawah … Jumpa lagi!

Picture of Rafidei Mohamad

Rafidei Mohamad

Balasan

Ini Bukan PENDEMIK!

Tak perlu takut, tak usah risau lagi…Ramai yang gusar tapi tak ada siapa pun yang dapat mengelak, setiap tahun usia pasti akan bertambah! Bila umur

Read More »

STRESS! KAU NI DAH KENAPA?

STRESS lagi…? Tiada siapa yang boleh lari daripada stress. Stress sebenarnya baik untuk anda kerana stress membuat anda bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran.  Bila anda

Read More »

Pelan 7 Hari DETOX!