Muat Turun Pelan DETOX 7 Hari

Siri Bercakap Dengan Sel #1:

Hai semua! Lama tak bersembang dengan u all! Ramai yang nak Awet Muda lepas tu amal macam-macam petua. Mereka juga cuba bermacam jenis produk! Ada yang berjaya dan ramai juga yang putus asa sebab tak menjadi.

Kenapa?

Mungkin salah satu sebabnya mereka tak tahu apa matlamat amalan Awet Muda ni.
Ceritanya panjang jadi saya cuba pecahkan supaya lebih mudah difahami.

Dalam siri Bercakap Dengan Sel yang pertama ini, saya nak bincang tentang pengukuran usia dulu.

Rupanya terdapat DUA kaedah pengukuran usia yang biasa digunakan

Kaedah 1: USIA KRONOLOGI


Dikenali sebagai USIA KRONOLOGI. Cara ukuran ini mudah sebab kebanyakan kita guna kaedah tradisi ini. Selalu kita tanya… berapa usia / umur awak? Kalau orang putih tanya “how old are you? Itu bermakna mereka bertanya tentang Usia Kronologi

Cuba kira berapa batang lilin terpacak pada kek harijadi kita tahun ini? Haha! Jangan mengelat ye…. umur kita dikira dengan membandingkan atau cara matematiknya mudah je.

Ambil tahun terkini atau tahun sambut “birthday”, tolak dengan tahun kelahiran kita. Mudah kan? Contohnya tahun ini 2020 tolak dengan tahun 2000 (tahun kelahiran) dapatlah jawapanya 20 tahun! jadi ada 20 batang lilin atas kek anda! Yeay!

Ok faham kan? Kaedah usia kronologi ni tak boleh “adjust”, tak boleh undur dan tak boleh laju ke depan. Seronok setahun sekali je masa sambut “birthday” itu pun lama-lama dah jadi segan lah pulak nak sambut sebab …. makin TUA! ;P

OK! Sekarang kita bincang kaedah seterusnya.

Kaedah 2: USIA BIOLOGI

Haaaa! Yang ni BEST! Seriously!

Why? Sebab usia ini kita boleh “adjust”, boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Boleh undur “reverse” dan boleh juga maju ke hadapan. Boleh meningkat dengan cepat atau perlahan!

Hah! Menarik kan? OK dah hilang mengantuk?

Mula-mula saya nak cerita cara nak buat ukuran usia biologi ni. Cara nak ukur ni agak rumit dan hanya boleh dilakukan di dalam makmal. Semakin banyak syarikat yang “offer” ukuran usia biologi ni. Harga boleh runding kot….?

Caranya mereka ambil “sample” DNA sel kita dan kemudian ukur panjang Telomere. Nak tahu apa itu telomere?

Saya ada terangkan secara ringkas, tonton video di sini.

Dah tonton video? Kalau belum pegi lah tengok sat…. 2 minit je!

OK, kalau telomere kita panjang kita muda, kalau pendek kira tua dari segi biologi. Tadi saya sebut usia biologi ni boleh “adjust” kan? Telomere akan haus seiring usia kronologi tapi kita boleh kawal dengan berbagai cara!

Boleh undur (reverse) lagi… nak tahu macam mana nak bua?

Haaaaa kita tunggu siri ke 2!

Jumpa lagi!

Picture of Rafidei Mohamad

Rafidei Mohamad

Balasan

Ini Bukan PENDEMIK!

Tak perlu takut, tak usah risau lagi…Ramai yang gusar tapi tak ada siapa pun yang dapat mengelak, setiap tahun usia pasti akan bertambah! Bila umur

Read More »

STRESS! KAU NI DAH KENAPA?

STRESS lagi…? Tiada siapa yang boleh lari daripada stress. Stress sebenarnya baik untuk anda kerana stress membuat anda bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran.  Bila anda

Read More »

Pelan 7 Hari DETOX!