Muat Turun Pelan DETOX 7 Hari

Rahsia Hidup Sihat Tanpa Bersenam & Diet?

Bayangkan jika anda boleh makan apa saja, tanpa senaman. Berat badan makin bertambah tapi tetap sihat dan aktif! Boleh ke macam tu? Mustahil bukan? Mungkin ada satu cara… macam mana? Ahaaaa! mari saya kenalkan anda semua dengan Resveratrol!

Resveratrol mula muncul disekitar tahun 1940 dan kemudian pada 1963 mula digunakan bagi tujuan perubatan Cina dan Jepun. Minat tentang bahan ini mula memuncak disekitar 1992 bila ia didakwa mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Ini dikaitkan dengan populasi Perancis yang mengamalkan diet tinggi lemak tepu namun mencatatkan bilangan pesakit kardiovaskular yang sangat rendah. Mereka diketahui mengamalkan minuman wain merah yang kebetulan mengandungi resveratrol.

Anda perlu meminum lebih 20 gelas wine merah bagi mendapatkan cukup resveratrol yang memberi kesan positif. Gila bukan? Ada alternatif di sini

Ujian ke atas tikus obes di makmal menunjukkan resveratrol mampu mengurangkan kadar gula & menurunkan berat badan. Ujian lain juga mendapati peningkatan tenaga dan membolehkan tikus-tikus yang diberikan resveratrol lebih aktif dan mampu berlari lebih jauh. Ujikaji ke atas manusia pula mendapati kesan terbaik diperolehi jika pengambilan dos sederhana dan secara konsisten.

Resveratrol Sebagai Antibiotik Kepada Tumbuhan

Resveratrol adalah sejenis polyfenol yang wujud secara semulajadi dalam tumbuhan dikatakan memberi banyak kebaikan pada kesihatan. Ianya merupakan pelindung tumbuhan daripada serangan kulat, kemarau, sinaran ultra ungu atau keradangan. Bahan ini membantu tumbuhan tersebut untuk kekal sihat dan melawan penyakit. Ia terdapati dalam kulit anggur merah, jus anggur ungu, mulberries dan kacang tanah.

Saintis begitu berminat terhadap resveratrol kerana ia bersifat antioksidan. Ketahui lebih lanjut mengenai antioksida dalam posting saya yang terdahulu. Antioksidan mempu melindungi tubuh kita daripada kerosakan disebabkan oleh radikal bebas yang boleh mengakibatkan kanser dan penyakit jantung.

Makanan yang mengandungi kandungan lemak dan karbohidrat yang tinggi pula diketahui mencetuskan tekanan oksidatif dan keradangan. Ini mengakibatkan kerosakkan tisu dan sel yang seterusnya membentuk masalah kronik termasuk kanser, kencing manis dan penyakit jantung. Pengambilan suplimen yang mengandungi resveratrol and polyphenol anggur muscadine dikatakan mampu mengurangkan kesan tekanan oksidatif dan keradangan.

Tak Perlu Diet & Tak Perlu Bersenam?

Jika anda seorang yang sentiasa sibuk, suka makan dan jarang bersenam, resveratrol mungkin dapat membantu. Tapi saya nak beri amaran, jangan ambil mudah dalam penjagaan kesihatan. Diet yang seimbang, senaman dan gaya hidup sihat adalah yang terbaik! Gunakan suplimen sebagai pelengkap didalam amalan kehidupan anda.

Menurut Dr. Ying Xu (MD, PhD), Resveratrol mungkin satu alternatif yang berkesan bagi merawat pesakit-pesakit yang mengalami kemurungan dan gangguan keresahan. Terdapat begitu banyak penyelidikan yang dijalankan tentang resveratrol dan keseanya. Antara yang terbaru melibatkan kajian kesan resveratrol terhadap kesihatan manusia. Antara penyakit yang mendapat manfaat resveratrol adalah alzheimer, kencing manis, kanser, penyakit jantung, obesiti, kesan radikal bebas.

Kesimpulanya resveratrol adalah salah satu bahan antioksidan yang hebat dan dapat memberi pelbagai faedah kesihatan kepada pengamalnya. Kebanyakan penyakit yang dibincangkan disini banyak berkaitan dengan penuaan. Jadi bolehlah dikatakan ianya adalah salah satu petua awet muda yang baik untuk diamalkan. Kami komited untuk membawakan anda banyak lagi info berkaitan penuaan semoga anda benar-benar faham dan mengambil langkah terbaik bagi mengurangkan risiko penyakit berkaitan penuaan. Matlamat kami membantu anda memanjangkan tempoh sihat agar dapat menikmati sepenuhnya anugerah kehidupan.

Picture of Rafidei Mohamad

Rafidei Mohamad

Balasan

Ini Bukan PENDEMIK!

Tak perlu takut, tak usah risau lagi…Ramai yang gusar tapi tak ada siapa pun yang dapat mengelak, setiap tahun usia pasti akan bertambah! Bila umur

Read More »

STRESS! KAU NI DAH KENAPA?

STRESS lagi…? Tiada siapa yang boleh lari daripada stress. Stress sebenarnya baik untuk anda kerana stress membuat anda bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran.  Bila anda

Read More »

Pelan 7 Hari DETOX!