Muat Turun Pelan DETOX 7 Hari

RAHSIA Awet Muda Telah Terbongkar!

RAHSIA Awet Muda Telah Terbongkar!

Inilah Rahsia Sebenar Awet Muda! 

Rahsia awet muda akhirnya telah ditemui! Kunci punca penuaan manusia yang dicari-cari selama ini sebenarnya tersimpan di dalam sel anda. Penemuan besar ini sekaligus melayakkan tiga orang saintis menerima Anugerah Nobel pada tahun 2009. 

Elizabeth Blackburn, Carol Greider dan Jack Szostak  telah berjaya menemui maklumat bagaimana setiap kromosom dilindungi oleh telomere.  Dalam kajian yang sama, mereka juga menjumpai sejenis enzim yang dinamakan telomerase.

Ini adalah berita baik bagi mereka yang berfikiran positif dan ingin kekal aktif. Pakar nutrisi kini berpendapat bahawa penuaan adalah berpunca daripada proses pembahagian sel dalam tubuh kita. 

Illustrasi 1:  Kedudukan telomere dalam DNA (sumber: www.tasciences.com)

APA ITU TELOMERE?

Telomere adalah satu bahagian penting dalam sel dan ia kini dikaitkan dengan proses penuaan. Ia adalah umpama penutup di hujung yang berfungsi untuk melindungi DNA. Proses replikasi sel berlaku secara berulang sepanjang hayat manusia. Setiap kali pembahagian sel berlaku, telomere kita menjadi semakin pendek. Kesannya DNA anda akan kehilangan maklumat-maklumat penting bagi mengekalkan fungsi sel di tahap optima.

Kehilangan maklumat penting DNA ini menyebabkan kita mula mengalami proses penuaan. Akibatnya gejala-gejala seperti kehilangan otot, kegagalan memori, penglihatan semakin kabur, kekurangan tenaga / kelesuan semakin ketara. 

Illustrasi 2: Proses pembahagian sel dan pemendekan telomeres 

(sumber: www.tasciences.com)

BEZA USIA BIOLOGI DAN USIA KRONOLOGY

Pemendekan telomere melibatkan semua aspek proses penuaan di peringkat selular. Panjang telomere mewakili usia biologi dan ini berbeza daripada usia kronologikal.  Usia kronologikal merujuk kepada tempoh sebenar seseorang itu hidup atau kiraan usia yang biasa kita lakukan berdasarkan tarikh lahir.

BAGAIMANA UNTUK MEMPERBAIKI USIA BIOLOGI?

Jadi, sekarang kita tahu bahawa panjang telomere mempengaruhi usia biologi seseorang. Adakah ini bermakna dengan hanya mengekalkan panjang telomere kita akan terus kekal muda

Mungkin terdapat produk-produk di pasaran yang mampu mengekalkan panjang telomere yang boleh dibeli? Nanti dulu! Tidak semudah itu, jangan tersilap langkah. Ini mungkin akan mengingkatkan risiko mengidap kanser. 

Apa yang anda dapat lakukan adalah untuk mengubah gaya hidup, berfikiran positif serta mengurangkan stress. Detox juga dapat membantu keseimbangan dalaman serta mampu mengekalkan fungsi sel. Terdapat banyak juga produk-produk detox yang berkesan dan pilihlah mana yang sesuai untuk anda.

 

 

SLOW AGEING AT THE CELLULAR LEVEL

Try One of The World's Best Anti-Ageing Supplement
Picture of Rafidei Mohamad

Rafidei Mohamad

Balasan

Ini Bukan PENDEMIK!

Tak perlu takut, tak usah risau lagi…Ramai yang gusar tapi tak ada siapa pun yang dapat mengelak, setiap tahun usia pasti akan bertambah! Bila umur

Read More »

STRESS! KAU NI DAH KENAPA?

STRESS lagi…? Tiada siapa yang boleh lari daripada stress. Stress sebenarnya baik untuk anda kerana stress membuat anda bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran.  Bila anda

Read More »

Pelan 7 Hari DETOX!