Apa itu Toksin?
Toksin adalah musuh bagi bagi mereka yang ingin awet muda! Namun ia berada sangat dekat dengan kita. Apa yang dimaksudkan dengan toksin? Toksin adalah unsur-unsur beracun yang terhasil daripada aktiviti organisma hidup dan mampu melemahkan tisu dan menyebabkan pelbagai penyakit berkaitan penghadaman, keradangan, masalah kulit dan sistem imun.
Toksin mampu merosakkan sel kita seterusnya menggangu proses semulajadi dalam tubuh. Penghasilan hemoglobin dalam darah akan terjejas seterusnya melemahkan fungsi badan melawan kesan radikal bebas lalu mempercepatkan proses penuaan.
Ops! Jangan keliru dengan perkataan toksid ya? Bunyinya hampir sama tetapi membawa maksud yang amat berbeza. Toksid lebih merujuk kepada bahan-bahan beracun yang berunsur kimia. Yang ini kita biar JAS (Jabatan Alam Sekitar) terangkan ya…
689 Jenis Toksin Yang Telah di Kenal Pasti … Setakat Ini!
Toksin adalah ejen berbahaya yang wujud di persekitaran kita. Setakat ini terdapat sebanyak 689 jenis toxin dikenal pasti dalam senarai. Antara yang paling popular adalah mercury dan biasa ditemui dalam ikan.
Terdapat 5 sumber utama toksin termasuk makanan, udara, air, tubuh anda dan gaya hidup. Antaranya bahan pewarna, pengawet, jerebu, hujan asid dan makanan.
Tubuh kita sendiri menghasilkan bahan toxin melalui kegiatan seharian dan akan terkumpul di beberapa bahagian tertentu terutamanya di dalam lemak. Ya, kesan lemak berlebihan bukan sahaja meningkatkan berat badan malah malah meningkatkan penghasilan toksin dalam badan!
Dari perspektif gaya hidup, ada sesetengah daripada kita pula memilih untuk mengambil toxin melalui rokok dan minuman beralkohol! Kekal Muda.com mengajak anda mengubah gaya hidup sihat melalui tips kesihatan yang kami kongsikan.
Jangan risau!
Tubuh kita mampu menyah toksin secara semulajadi dan proses ini dinamakan detox. Organ-organ yang bekerja keras bagi memastikan anda kekal sihat termasuk hati, usus, buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limfa dan juga kulit.
Walau bagaimanapun ada banyak cara untuk membantu proses meleraikan toxin termasuk melalui diet dan juga pengambilan suplimen yang tertentu. Kami senaraikan TOP 8 tips bagi mengoptimasi proses detox semulajadi badan anda:
- Hadkan atau hindarkan pengambilan alkohol.
- Dapatkan tidur yang secukupnya.
- Lebihkan minum air (air kosong/mineral/suam).
- Kurangkan pengambilan gula dan makanan yang diproses.
- Ambil makanan yang kaya antioksidan.
- Makan makanan yang kaya dengan prebiotik.
- Kurangkan pengambilan garam.
- Aktifkan diri dengan bersenam.
![](https://kekalmuda.com/wp-content/uploads/2018/09/vivix-shaklee-botol.jpg)
Artikel ini menghuraikan secara ringkas tentang toksin serta cara-cara meningkatkan kecekapan tubuh menyah toksin. Sila baca artikel-artikel seterusnya bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas.