Tentunya ramai yang cemas dan rimas dengan keadaan semasa sejak PKP dilaksanakan bermula 18hb Mac yang lalu. Ye lah, kalau dulu kita bebas ke sana ke sini kini terkurung dalam rumah masing-masing.
Sebulan berlalu namun masih belum nampak jalan penyelesaian dalam masa terdekat. Tapi yang pastinya rakyat MALAYSIA tetap tenang malah bertambah kreatif pulak! Tak percaya? Tengoklah di ruang media sosial, tentu anda tergelak.
Warga Emas & Pesakit Kronik Berisiko Tinggi
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat melindungi mereka yang berisiko tinggi selain menghentikan rantaian penyebaran virus berbahaya ini. Korban virus ini kebanyakanya terdiri daripada warga emas dan pesakit kronik.
Sementara menunggu vaksin khas untuk covid19, cara terbaik untuk melindungi diri adalah untuk menigkatkan sistem imun. Tubuh kita mempunyai sistem pertahanan dalaman yang tersendiri. Ibarat sepasukan tentera yang sanggup berkorban mempertahankan diri anda daripada penyakit, jangkitan serta untuk sembuh dari kecederaan.
![](https://kekalmuda.com/wp-content/uploads/2020/04/15809726196467_influenzafbposts_en_7.jpg)
Sistem pertahanan badan kita adalah sangat kompleks dan berlapis-lapis manakala heronya adalah sel darah putih. Sistem imun kita mula merosot seiring dengan peningkatan usia. Di sini kami senaraikan Top 7 Cara Tingkatkan Sistem Imun:
- Jaga Kebersihan Diri & Persekitaran Anda – Kebersihan sebahagian daripada iman dan ia perlu ditekankan sepanjang masa biarpun selepas tamat wabak ini. Ia tidak terhenti dengan hanya kebersihan diri, malah merangkumi persekitaran baik di rumah atau pejabat. Kebersihan tempat penyedian makanan dan bahan-bahan masakan juga perlu diambil perhatian serius.
- Diet Yang Sihat – Pilih makanan yang segar dan elakkan daripada mengambil makanan yang diproses terutamanya yang tinggi kandungan garam & gula. Cara terbaik adalah menyediakan sendiri makanan untuk keluarga supaya anda boleh mengawal kandungan garam, gula dan ‘confirm’ tak ada pengawet. Buat sosej atau burger sendiri! Gerenti lagi sedap dan berkhasiat! Antara makanan yang boleh membantu ‘boost’ sistem imun kita termasuk buah-buahan sitrus, lada benggala (red bell pepper), brokoli, bawang putih, halia, sayur bayam dan banyak lagi.
- Senaman Berkala – Badan yang sihat menghasilkan otak yang cergas! Bila otak cerdas lagi banyak idea kreatif terhasil! Yang penting minda akan sentiasa terbuka bagi mencari ilmu untuk meningkatkan kesihatan. Tak tau nak buat senaman apa? Follow coach fevret saya Kevin Zahri.
- Dapatkan Rehat dan Tidur Yang Cukup – Ramai yang tak jaga ‘part ni. Tak kira berapa banyak senaman yang kita lakukan jaga diet bagai nak rak tak ada makna kalau tak cukup rehat! Tubuh kita melakukan proses rawatan semasa kita tidur khasnya selepas senaman berintensiti tinggi. Otak juga akan menjalankan proses ‘reboot’ semasa tidur bagi mengurangkan kesan stres. Sebab itu lepas bangun tidur kita rasa segar dan mudah ingat apa yang kita belajar.
- Amalkan pengambilan Pro-biotik & Pre-biotik – Pro-biotik adalah bakteria baik yang terdapat di dalam usus kita. Ia membantu memperkasakan sistem pertahanan badan dan boleh didapati dengan memakan yogurt, kefir, tempeh dan miso. Kuantiti pro-biotik di dalam Kefir jauh lebih banyak berbanding yogurt! Saya buat sendiri kerif di rumah, anda boleh beli kefir grain secara online. Paling best minum sejuk dan dicampur dengan madu dan buah-buahan. Boleh tonton video cara buat kefir di sini.
- Amalkan Pengambilan Supplimen – Setelah anda amalkan semua lima amalan di atas, adalah disarankan untuk mengambil suplimen atau makanan tambahan. Dalam zaman seba pantas ini biasanya kita tak ada masa nak cari makan terbaik utamanya di tempat kerja. Kadang-kadang tu kalau ada pun, mahal pulak. Jadi pengambilan suplimen seperti protin, antioksidan, omega 6 & omega 3, vitamin A, vitamin D dan vitamin E. Pastikan suplimen tersebut dibuat secara semulajadi agar dapat diserap oleh tubuh dan tidak meninggalkan kesan sampingan. Produk SHAKLEE adalah yang terbaik kerana pengalaman lebih 100 tahun menghasilkan produk bermutu tanpa kompromi. Sila layari https://kekalmuda.com/shop/
- Kurangkan Stres – Stres hanya memberi kesan negatif jika anda percaya ‘stres boleh membunuh’! Uruskan stres dengan sebaik-baiknya dan satu cara yang amat berkesan adalah dengan menukar tanggapan anda terhadap stres! Sila baca post kami Stres Baik Untuk Saya dan tonoton video sampai habis.
Itulah senarai Top 7 Cara Tingkatkan Sistem Imun untuk diamalkan. Jangan lupa kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda!