Muat Turun Pelan DETOX 7 Hari

#Covid19 Pasca PKP: Apa Yang Anda Boleh Lakukan?

Kementerian Kesihatan Malaysia (Ministry of Health) sedang berusaha gigih menangani penularan Covid-19. Data terkini (4 April 2020) menunjukkan seramai 3,662 disahkan positif, 2,596 masih dirawat, 1005 kes sembuh sepenuhnya dan 61 maut.

Tumpuan KKM sekarang adalah kemungkinan kes import (baru) yang dibawa oleh rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah katanya seramai 752 rakyat Malaysia dibawa pulang sekurang-kurangnya lapan daripada mereka menunjukkan gejala Covid-19.

Ini adalah selari dengan ramalan KKM sebelum ini bahawa akan berlaku gelombang tsunami yang ke 3 melibatkan mereka yang pulang dari luar negara.Justeru besar kemungkinan tempoh PKP akan dilanjutkan jika kes baru terus meningkat

Mari Hadapi Bersama!

Tentunya kita tidak mahu impak implisit mahupun eksplisit yang negatif terhadap ekonomi & kesejahteraan bersama. Selain dari pergerakan terbatas, perhubungan silaturahim turut terjejas dan ini mungkin menimbulkan masalah psikologi. Kita hanya berbaki 18 hari sahaja menuju Ramadhan. Girangnya cahaya Syawal andai disambut tanpa ancaman Covid-19.

Berikut saya senaraikan 10 Perkara Yang Anda Boleh Anda Lakukan Pasca Covid-19. Semoga dengan usaha yang berterusan serta komitmen seluruh rakyat, kita dapat keluar dari kemelut ini secepat mungkin.

10 Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Pasca Covid-19

  1. Patuhi Arahan Pihak Berkuasa. Sila cakna dengan segala arahan serta nasihat pihak berwajib dan beri kerjasama yang terbaik. Ini mudah dan anda semua memang JUARA! Teruskan!
  2. Sentiasa “Updated” Dengan Maklumat Terkini. Anda perlu sentiasa maklum dengan info terkini yang sahih dari sumber yang sah. Ini membolehkan anda mengambil langkah pro-aktif bagi mengelak gejala serta memperbaiki keadaan.
  3. Jangan Sebarkan Khabar Angin & Kebencian. Dalam suasana krisis sekarang kita perlu kurangkan anasir negatif dan kebimbangan masyarakat. “Stay Calm” dalam waktu mencabar ini kita perlu bersatu dan keluar dari kemelut sebagai pemenang!
  4. Eratkan Silaturahim & Prihatin. Naluri semulajadi manusia adalah bersifat sosial. Jadi tidak hairanlah jika ramai yang resah sepanjang tempoh PKP ini. Pastikan anda bertanya khabar saudara-mara & kenalan rapat melalui telefon atau panggilan video dan media sosial. Tunjukkan anda ingat dan prihatin terhadap kesejahteraan mereka.
  5. Berfikiran Optimistik. Sentiasa tanamkan dalam minda yang kita semua akan mengharungi dugaan ini dengan jayanya. Ini akan menjadikan anda bersedia untuk meneruskan kehidupan selepas krisis. Segala masalah akan dapat ditangani jika asas pemikiran kita adalah positif dan optimistik.
  6. Tingkatkan Sistem Imun. Jauhi rokok, diet sihat, senaman berkala, dapatkan cukup tidur & rehat yang secukupnya. Jangan takut untuk labur sedikit wang untuk makanan tambahan dan vitamin kerana ia baik untuk anda bagi jangka masa panjang.
  7. Rancang Aktiviti Pasca PKP. Senaraikan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku selepas tamat tempoh PKP. Antaranya kesesakan di tempat-tempat tumpuan utama contohnya pusat membeli-belah, kekurangan bekalan keperluan harian dan sebagainya. Ini membantu anda fokus, pro-aktif dan “in control”.
  8. Semak Semula Perbelanjaan Isi Rumah. Permintaan tinggi, kekurangan bahan mentah kemudahan mungkin menyebabkan kenaikan harga barang-barang keperluan harian. Semak semula senarai kaperluan isi rumah dan susun mengikut kepentingan. Anda mungkin terpaksa mengeluarkan barang-barang tertentu atau tukar kepada sesuatu yang lebih murah. Sumbangan perbelanjaan isi rumah terhadap ekonomi negara adalah sangat besar!
  9. Ambil Langkah Memperkukuhkan Perniagaan atau Kerjaya. Kita tidak dapat nafikan bahawa perniagaan tertentu bakal terjejas. Akan ada juga yang kehilangan pekerjaan, jadi kita perlu bersedia untuk merebut peluang. Buat sedikit “home work”, senaraikan objektif dan berusaha untuk mencapainya.
  10. Bersedia Untuk Tempuh Waktu Sukar. Kita harus terima hakikat, pakar ekonomi telah meramalkan kedatangan krisis ekonomi pasca Covid-19. Ini adalah masa terbaik untuk banyak membaca dan mengkaji pengalaman mereka yang berjaya mengharungi kegawatan ekonomi yang lalu. Percayalah dalam kegelapan pasti akan ada cahaya, tuju kepada cahaya itu. Kita boleh lakukanya BERSAMA!
Picture of Rafidei Mohamad

Rafidei Mohamad

Balasan

Ini Bukan PENDEMIK!

Tak perlu takut, tak usah risau lagi…Ramai yang gusar tapi tak ada siapa pun yang dapat mengelak, setiap tahun usia pasti akan bertambah! Bila umur

Read More »

STRESS! KAU NI DAH KENAPA?

STRESS lagi…? Tiada siapa yang boleh lari daripada stress. Stress sebenarnya baik untuk anda kerana stress membuat anda bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran.  Bila anda

Read More »

Pelan 7 Hari DETOX!