Muat Turun Pelan DETOX 7 Hari

Apa Itu Antioksida dan Kaitanya Dengan Radikal Bebas?

Apa Yang dimaksudkan Dengan Radikal Bebas?

Penuaan adalah satu proses semulajadi. Suka atau tidak, kita semua bakal mengalaminya. Namun, di sini saya kongsikan sedikit ilmu yang mampu memperlahan proses tersebut. 

Kita semua biasa mendengar perkataan awet muda, tapi kenapa ramai yang berminat tentang topik ini? Punca utama mungkin berkait rapat dengan gejala penuaan termasuk kehilangan otot, kegagalan memori, penglihatan semakin kabur dan kekurangan tenaga (kelesuan). 

Ramai yang mencari penawar atau penyelesaian bagi mengurangkan atau mengatasi simtom-simtom penuaan. Adakah anda tahu apa sebenarnya punca penuaan? Untuk mengetahuinya sila klik pautan di bawah:

RAHSIA Awet Muda Terbongkar!

Setakat ini saya telah membincangkan punca penuaan dengan mengenali telomere dan seterusnya topik mengenai toxin.

Bagaimana Radikal Bebas Terjadi?

Untuk memahami apa yang dinamakan radikal bebas kita perlu masuk jauh ke dalam tisu manusia. Terdapat banyak elemen di dalam badan kita yang terdiri daripada molekul. Setiap satu elemen tersebut terikat diantara satu sama lain dengan satu ikatan kimia. Manakala ikatan kimia tersebut pula terdiri daripada elektron.

Apabila pengoksidaan berlaku, ia boleh mengakibatkan elektron yang mengikat elemen dalam sel tadi terpisah. Jadi, elektron yang terpisah inilah yang dinamakan sebagai radikal bebas.

Apa Keburukan Radikal Bebas?

Elektron yang terpisah tadi (radikal bebas) akan mengakibatkan satu tindak balas berantai yang mampu merosakkan DNA kita. Faktor-faktor berlakunya pengoksidaan adalah termasuk:

  • diet yang kurang baik
  • pencemaran
  • dadah
  • radiasi
  • stres
  • kecederaan
  • penuaan
  • jangkitan

Kesan pengoksidaan menyebabkan anda berisiko untuk menghidapi lebih daripada 90 jenis penyakit! Diantara penyakit-penyakit yang berkaitan adalah kanser, penyakit jantung, arthiritis dan juga penyakit autoimun.

Video ini menunjukkan proses pengoksidaan sel. Sumber: Youtube

Mujur Ada Antioksidan!

Antioksidan adalah penyelamat dan sahabat baik bagi mereka yang ingin kekal muda. Unsur ini dapat membalikkan (“reverse”) atau menghindarkan pengoksidaan sel. Molekul antioksidan memiliki lebihan elektron dan mampu meneutralkan radikal bebas.  

Antioksidan diangkut melalui saluran darah dan dihantar kepada tisu-tisu yang rosak dagi proses membaik pulih. Dengan pelbagai ancaman yang datang dari proses semulajadi serta pengaruh persekitaran, tubuh kita memerlukan bekalan antioksida secukupnya.

Berikut saya senaraikan beberapa bentuk antioksidan yang biasa kita dengar:

  • Resveratrol
  • Selenium
  • Vitamin B (multi)
  • Vitamin C
  • Vitemin E
  • Zink

Apakah Sumber Makanan Yang Mengandungi Antioksida?

Terdapat begitu banyak sumber makanan yang mengandungi kadar antioksida yang tinggi. Kita boleh memilih samaada untuk mengambilnya dalam bentuk makanan, herba atau supplimen. Dalam kategori makanan ia boleh didapati dari buah-buahan beri seperti beri goji, blueberries (liar), kacang pecan dan coklat. Ya betul, coklat (“dark choclate”)

Bahan-bahan herba yang tinggi kandungan antioksidan termasuk bunga cengkih, kayu manis, oregano dan juga kunyit.  Supplimen yang terbaik bagi mendapatkan kadar antioksidan yang tinggi diantaranya adalah glutathione, quercetin vitamin C dan resveratrol.

SUMBER TERBAIK ANTIOKSIDAN DI SINI

Info lanjut tentang VIVIX

Picture of Rafidei Mohamad

Rafidei Mohamad

Balasan

Ini Bukan PENDEMIK!

Tak perlu takut, tak usah risau lagi…Ramai yang gusar tapi tak ada siapa pun yang dapat mengelak, setiap tahun usia pasti akan bertambah! Bila umur

Read More »

STRESS! KAU NI DAH KENAPA?

STRESS lagi…? Tiada siapa yang boleh lari daripada stress. Stress sebenarnya baik untuk anda kerana stress membuat anda bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran.  Bila anda

Read More »

Pelan 7 Hari DETOX!