Muat Turun Pelan DETOX 7 Hari

7 Tanda-tanda Awal Serangan Jantung!

  1. Sakit Dada

Ini mungkin tanda yang jantung kita dalam bahaya. Korang akan rasa sakit, sesak atau tekanan kat dada.

Ada yang rasa macam ada gajah duduk kat dada. Ada juga yang rasa pedih atau bisa-bisa.

Kalau rasa sakit tu kejap je atau sakit kat satu tempat yang kita tekan tu tak perlu risau. 

Cepat-cepat jumpa doktor kalau sakit tu berterusan beberapa minit terutamanya lepas korang buat aktiviti fizikal.

Jumpa doktor cepat….

2. Rasa Loya, Pedih Ulu Hati atau Sakit Perut

Ada yang rasa macam tu masa kena serangan jantung & kadang-kadang muntah terutamanya di kalangan wanita.

Ini mungkin tanda sakit perut biasa tapi, kalau korang golongan berisiko tinggi terutamanya kalau ada tanda-tanda lain dalam list ni… sila JUMPA DOKTOR!

3. Kesakitan Yang Menular ke Tangan

Tanda serangan jantung yang paling KLASIK lagi-lagi kalau sakit tu turun ke tangan kiri!

Ada juga yang sakit kat tangan je tapi rupa-rupanya serangan jantung!

4. Rasa Macam Nak Pitam & Pening

Kalau rasa camtu sebab kurang makan atau berdiri terlalu cepat tu OK. Jangan risau.

TAPI kalau rasa pening & nak pitam yang disulami sakit dada & sesak nafas… telefon doktor CEPAT!!!

5. Sakit Tekak atau Rahang

Korang jangan risau lah kalau setakat sakit tekak atau rahang je.I tu mungkin disebabkan selsema atau resdung.

Sila PANIK kalau sakit tu bermula dari dada dan merebak ke atas!!! Panggil ambulan PLEASE!!

6. Cepat Sangat Penat!

Sila buat appointment doktor bila korang penat lepas buat kerja-kerja biasa. Eh! Biasa takde penat camni….haaa… soalan ni bagi doktor yang jawabkan untuk korang ye.

Rasa letih yang melampau & berlarutan selama berhari-hari mungkin disebabkan masalah jantung. Simtom ni sangat benar bagi wanita.

7. Berpeluh

Orang tua panggil peluh embun (cold sweat), kalau tiba-tiba berpeluh & berkembar dengan simtom-simtom di atas…. Dengan pantas pergi ke hospital. Cari orang lain ‘drive’ kereta tu ya!

So, itulah 7 tanda-tanda awal serangan jantung. Harap korang dapat jadikan panduan, tolong jangan kedekut nak share kat kenalan kita.

Semoga dapat membantu selamatkan nyawa orang yang kita kenali.

Jangan tunggu lagi! 

50 kematian akibat serangan jantung setiap HARI!

Kurangkan risiko serangan jantung dengan CoQ-Troll Plus dan Omega Guard. SELAMAT, TERBUKTI & BERKESAN.

Picture of Rafidei Mohamad

Rafidei Mohamad

Balasan

Ini Bukan PENDEMIK!

Tak perlu takut, tak usah risau lagi…Ramai yang gusar tapi tak ada siapa pun yang dapat mengelak, setiap tahun usia pasti akan bertambah! Bila umur

Read More »

STRESS! KAU NI DAH KENAPA?

STRESS lagi…? Tiada siapa yang boleh lari daripada stress. Stress sebenarnya baik untuk anda kerana stress membuat anda bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran.  Bila anda

Read More »

Pelan 7 Hari DETOX!