Arrrrggghhhh! Stressnya aku!!!
Hahaha! Siapa yang tak pernah mengalami situasi begini? Stress di pejabat, stress dengan boss, stress dengan pasangan? Wow! berapa banyak stress tu? Setiap orang ada cara tersendiri untuk mengatasi stress tapi jangan terkejut sebenarnya penyelesaianya sangat mudah.
Apa itu stress? Menurut My Health.gov.my Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Manakala menurut Dr Izzat Hazmir B. Ismaal Pegamal Perubatan PKU UTMKL stress atau tekanan ialah keadaan seseorang itu mengalami ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental dan ianya berkaitan dengan cara hidup kita.
Macamana nak tahu jika stress? Ada tanda-tanda atau simptom yang boleh dikenalpasti seperti gementar, berpeluh, rasa seram sejuk dan lain-lain. Komplikasi daripada mengalami stress secara berlarutan termasuk kemurungan, masalah jantung dan yang paling teruk bunuh diri!
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan lebih kurang 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas, atau 29.2 peratus populasi negara, menghidapi pelbagai masalah mental. Ini adalah peningkatan sebanyak 11.2 peratus berbanding 2006. Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, hampir separuh (40%) rakyat Malaysia dikhuatiri menghadapi maslah mental! Menakutkan bukan?
Memandangkan punca stress begitu banyak (wah! mudahnya nak stress) maka adalah sangat-sangat penting untuk kita tahu bagaimana cara untuk mengatasi stress. Bagi saya Kelly McGonigal telah menyelasaikan masalah stress! I mean literally PROBLEM SOLVED! Malah banyak lagi ‘study’ atau kajian yang menyokong pendapat Kelly.
Jika anda telah menonton keseluruhan video di atas TAHNIAH! Sekarang anda telah ada satu perspektif baru tentang stress. Saya harap anda dapat mencari satu formula baru bagi stress. Amalkan dan ajarkan kepada kenalan dan keluarga kerana ia akan meningkatkan lagi kualiti kehidupan anda. Tunggu posting seterusnya untuk mengetahui amalan dan tabiat-tabiat yang baik bagi menghadapi stress.
PROBLEM SOLVED! Next….!