Apa itu Detox?
Anda akan kerap terjumpa perkataan ini bila anda ingin memulakan gaya hidup sihat. Secara ringkasnya ‘detox’ adalah proses untuk mengeluarkan toksin di dalam tubuh. Saya syorkan anda untuk ‘berkenal’ rapat dengan Encik toksin agar faham lebih jelas. Sila baca >>di sini<<
OK, kalau dah ramai orang buat mestilah bagus kan? Jadi anda pun mahu mencuba? Tapi…eh!… macam susah je, leceh ni nak kena berpantang bagai. Hahaha… sebelum anda klik keluar, biar saya kongsikan 8 kelebihan detox! Percayalah, ia sangat baik untuk anda. Teruskan membaca kerana fakta ke #7 pasti membuat anda TERUJA!
#1 MENGURANGAN BERAT BADAN
Toksin melemahkan keupayaan semulajadi tubuh untuk membakar lemak. Gen yang memberi signal di dalam kilang lemak kita akan terjejas akibat lemak yang terkumpul. Detox membantu penghasilan lemak baik dengan memastikan gen yang dimaksudkan kekal ditahap optimum. Ingin turunkan berat badan? Cuba detox! Sedikit pesanan penaja, detox adalah kaedah mengurus berat badan jangka masa panjang. Bermakna, jangan cepat putus asa bila tak nampak kesan serta-merta. Bila ada rakan-rakan tegur “Wow! you nampak slim lah!” saya pasti masa tu anda dah tak mahu toleh ke belakang. Teruskan istiqamah.
#2 MELEGAKAN KEMBUNG PERUT DAN SEMBELIT (USUS YANG SIHAT)
Fungsi utama usus adalah untuk membawa sisa makanan yang telah diproses untuk dinyahkan. Namun kadang kala sisa-sisa ini termendap sedikit demi sedikit lalu tersumbat. Akibatnya kita sukar untuk turunkan berat badan dan selalu terasa kembung. Risiko jangka panjang kita mudah terkena penyakit kolon. Yang paling kita gerun adalah penyakit kanser kolorektum. Detox mampu membersihkan kolon, melegakan sembelit dan mendorong sistem pencernaan yang sihat.
#3 MEMBERI TENAGA
Tahukah anda? Sebenarnya tubuh kita mampu melakukan detox dengan sendirinya! Namun proses tersebut memerlukan tenaga yang banyak. Sebab itu bila cepat rasa letih adalah salah satu tanda badan kita ada banyak toksin. Detox meyokong organ-organ berkaitan mengeluarkan toxin dengan lebih cekap. Maksudnya ada akan dapat lebih tenaga untuk bekerja dan berseronok!
#4 MENGURANGKAN NAFSU MAKAN
Bila tubuh kita bersih daripada toksin dan digantikan dengan makanan bernutrisi tinggi, ia memberi signal positif kepada minda. Ucap “Bye! Bye!” pada gula, lemak & kefien dan “Hello” pada diet sihat!
#5 MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI
Radikal bebas mampu merosakkan sel dan membiak dalam persekitaran toksin. Bila ada rakan sekerja demam atau terkena flu anda pasti berjangkit? Ini mungkin tanda-tanda sistem imun anda telah terjejas. Radikal bebas membinasakan sistem imunisasi dan mengakibatkan keradangan. Detox berpotensi untuk mengurangkan penghasilan radikal bebas dan seterusnya memperkukuh sistem pertahanan semulajadi tubuh.
#6 KULIT YANG LEBIH CANTIK BERSERI
Siapa tak mahu cantik? Kulit adalah salah satu organ yang membantu pembuangan toksin. Malah ia merupakan organ terbesar dalam tubuh kita! Toxin yang terkumpul dalam kelenjar peluh akan mendorong pelbagai kondisi kulit terutamanya jerawat. Detox menghilangkan toxin terkumpul di dalam kulit. Kesanya kulit anda jadi bersih dan bersinar!
#7 MEMPERLAHANKAN/MEMBALIKKAN PROSES PENUAAN
Anda teruja sekarang? Ya! Toksin mampu merosakkan sel tubuh kita. Bila ini terjadi, ia mengganggu fungsi semulajadi sel. Setiap sel mempuyai fungsi yang tertentu manakala sel yang sihat akan terus membahagi (cell division). Ini adalah cara sel ‘membiak’ bagi menggantikan sel yang rosak seterusnya meneruskan fungsinya bagi memastikan organ-organ dalaman berfungsi secara optima. Sel yang rosak menyebabkan telomere semakin haus dan pendek. Ia akan berhenti membahagi dan akhirnya mati. Jika ini berlaku, tisu dan organ dalaman akan mula rosak serta tidak berfungsi. Detox membantu mengekalkan keseimbangan dengan membuang sel yang mati agar ia tidak berjangkit pada sel yang sihat.
#8 TIDUR LEBIH LENA
Toksin mengandungi logam berat yang mengganggu keseimbangan sel normal dan menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas menganggu hormon serta boleh mengakibatkan insomnia. Pembuangan logam berat melalui detox membolehkan anda menikmati tidur yang lena dan berkualiti.
MULAKAN DETOX HARI INI
Itulah 8 kebaikan utama detox. Saya harap ia dapat memberi anda motivasi untuk memulakan hidup yang lebih sihat. Bila kita sihat, banyak lagi yang boleh kita lakukan. Berkerja atau bermain? Pilihan di tangan anda! Tak tahu macam mana nak detox? Cuba muat turun e-book PERCUMA kami.







