Muat Turun Pelan DETOX 7 Hari

Bolehkah Anda KEKAL MUDA Selamanya?

 

Kalaulah Boleh Kekal Muda Selamanya!

Siapa yang tak mahu Kekal Muda selamanya? Bukan bermakna kita mahu hidup selamanya, itu mustahil dan tidak akan berlaku sama sekali. Bukan sedikit cerita-cerita fiksyen dihasilkan samada berbentuk buku cerita mahupun filem kisah mereka yang ingin hidup selamanya contohnya filem animasi Tangled oleh Disney. Lihatlah betapa terdesaknya “Mother Gothel” berusaha untuk menyembunyikan Repunzel semata-mata ingin Kekal Muda.  Realitinya apa yang kita harap adalah agar berada dalam tempoh sihat lebih lama sebelum datang sakit dan seterusnya pergi buat selamanya.

Penuaan: Proses Semulajadi

Penuaan adalah satu proses semulajadi yang tidak dapat dielakkan dan akan dilalui oleh hampir semua makhluk. Proses ini mengubah keadaan fizikal kita terutamanya pada kulit, rambut, tulang dan yang paling ditakuti adalah kesanya pada kekuatan fizikal dan mental. Walau bagaimana pun, adakah kita hanya mampu berserah dan melihat tubuh kita terus dimamah usia begitu sahaja? Saintis telah lama membuat kajian tentang kejadian alami ini dan kini mereka telah berjaya menghasilkan beberapa penyelesaian.

Mengapa Kita Tua?

Sebelum kita membuat sebarang andaian, apa kata kita mendalami sedikit fakta tentang penuaan ini. Ingin saya berkongsi sebuah video yang dapat menerangkan sedikit apa yang berlaku semasa proses penuaan ini. Video ini bertajuk “Why We Age” yang diterangkan oleh Dr. Jamie yang merupakan Pengerusi Hal Ehwal Perubatan, Sains Kesihatan dan Pendidikan, Shaklee Corporation.

 

Video: ‘Why We Age’ oleh Dr. Jamie McManus

Penyelidikan berkenaan penuaan biologikal bertujuan untuk memahami apa yang menyebabkan penuaan sel dan akhirnya dapat mencari penyelesain yang berpotensi mengubatikan penyakit-penyakit utama yang berkaitan dengan penuaan seperti penyakit jantung dan kanser. 3 faktor utama penuaan adalah:

  1. Faktor genetik
  2. Faktor gaya hidup
  3. Faktor pemakanan

Masih Belum Terlambat!

Kesimpulannya adalah, sains telah membuktikan bahawa kebanyakan penyakit kronik dan juga faktor utama kematian dapat dielakkan atau sekurang-kurangnya dikawal melalui gaya hidup yang sihat. Ini termasuk mengelakan diri daripada mengambil alkohol tau dadah. Selain daripada itu, yang paling panting sekali adalah, anda masih belum terlambat untuk mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat!

 

 

Picture of Rafidei Mohamad

Rafidei Mohamad

Balasan

Ini Bukan PENDEMIK!

Tak perlu takut, tak usah risau lagi…Ramai yang gusar tapi tak ada siapa pun yang dapat mengelak, setiap tahun usia pasti akan bertambah! Bila umur

Read More »

STRESS! KAU NI DAH KENAPA?

STRESS lagi…? Tiada siapa yang boleh lari daripada stress. Stress sebenarnya baik untuk anda kerana stress membuat anda bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran.  Bila anda

Read More »

Pelan 7 Hari DETOX!